EKONOMI

Sekatan Pergerakan Penuh Fasa 1 : TNB teruskan bacaan meter & umum waktu baharu operasi Kedai Tenaga

01/06/2021 05:31 PM

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Pengumuman kerajaan berkaitan penguatkuasaan Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) fasa pertama selama dua minggu bermula 1 – 14 Jun adalah dirujuk.

Sebagai perkhidmatan penting (essential services) yang dibenarkan beroperasi sepanjang sekatan ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan meneruskan operasi pembacaan meter dan Kedai Tenaga (KT) bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada kira-kira 9.5 juta pelanggannya.

Berikut adalah maklumat lanjut berkaitan operasi TNB sepanjang tempoh dua minggu bermula esok:

1. Pembacaan meter dan penyerahan bil fizikal berjalan seperti biasa bagi memastikan pengguna menerima bil sebenar dan bukan bil anggaran. Pembaca meter kami, seperti lazimnya akan mematuhi SOP sedia ada yang ditetapkan pihak berkuasa bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

2. Operasi Kedai Tenaga (KT) dipendekkan tiga jam daripada 9:00 pagi hingga 4:00 petang kepada bermula 9 pagi sehingga 1 petang sahaja.

3. Waktu operasi perkhidmatan kios layan diri di KT kami kekal dari jam 8.15 pagi hingga 8 malam. Kios kami akan disanitasi setiap 2 jam berbanding setiap 4 jam sebelum ini.

4. Berikutan tempoh KT operasi dengan tempoh yang lebih pendek, operasi perkhidmatan khidmat pelanggan TNB CareLine dilanjutkan dua jam setiap hari dari jam 8 pagi hingga 7 petang berbanding sehingga 5 petang sebelum ini. Pelanjutan tempoh ini adalah untuk talian TNB Careline 1-300-88-5454 dan e-mel tnbcareline@tnb.com.my yang dikhususkan untuk pertanyaan berkaitan akaun dan bil.

5. Untuk gangguan bekalan elektrik pula, para pengguna diminta menghubungi TNB CareLine di 15454 dan Facebook TNB CareLine yang kekal beroperasi 24 jam.

Walaupun KT masih dibuka sepanjang fasa pertama Sekatan Pergerakan Penuh ini, pengguna amat digalakkan untuk menggunakan kemudahan transaksi dalam talian TNB bagi sebarang urusan transaksi termasuk semakan dan pembayaran bil. Transaksi ini boleh dibuat menerusi portal www.mytnb.com.my dan aplikasi myTNB agar dapat mengurangkan keperluan untuk transaksi secara bersemuka.

TNB memohon maaf sekiranya penguatkuasaan waktu operasi baharu KT menyebabkan sebarang kesulitan. Inisiatif ini perlu dilaksanakan bagi membantu usaha pihak Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, selain mengutamakan dan mengekalkan kesihatan serta keselamatan warga kerjanya dan masyarakat.

— BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan