AM

TENGKU HASSANAL SUMBANG ELAUN DIRAJA KEPADA RAKYAT PALESTIN

23/05/2021 10:17 AM

KUANTAN, 23 Mei -- Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Elaun Diraja selama tiga bulan kepada rakyat Palestin yang berdepan dengan serangan rejim zionis Israel. 

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata baginda berkenan supaya elaun itu disumbangkan ke tabung Pahang4Palestin yang dilancarkan kerajaan negeri semalam, sebagai tanda solidariti rakyat Tok Gajah kepada penduduk Palestin. 

"Sesungguhnya patik dan rakyat jelata menyanjung tinggi kurniaan ini yang akan menjadi pembakar semangat dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang tertindas," kata Wan Rosdy menerusi laman media sosial rasmi beliau. 

Terdahulu, Wan Rosdy mengumumkan pelancaran tabung kemanusiaan itu dengan mereka yang berminat boleh menyumbang ke akaun Perbendaharaan Negeri Pahang di Bank Muamalat bernombor 06010002165711 dengan rujukan Pahang4Palestin. 

Walaupun khusus untuk rakyat Pahang, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri turut mengalu-alukan sumbangan daripada seluruh rakyat Malaysia bagi meringankan penderitaan dihadapi penduduk Palestin. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan