DUNIA

Industri tekstil tawar jutaan peluang pekerjaan di Xinjiang

01/05/2021 03:57 PM

BEIJING, 1 Mei -- Penggunaan jentera  memetik kapas telah banyak mengurangkan kos bagi industri penanaman di wilayah Xinjiang, terutama daripada segi kos pekerja. 

Peningkatan produktiviti dalam industri itu turut mendorong pembangunan industri tekstil di Xinjiang, kata pegawai Persatuan Kapas Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dalam satu taklimat di sini pada Jumaat.

Menurut pegawai itu, industri tekstil telah menawarkan hampir sejuta peluang kerja kepada penduduk tempatan, sekali gus menjadi satu daripada pendekatan utama untuk mengatasi kemiskinan dan membantu penduduk meningkatkan pendapatan.

Katanya, jumlah pengeluaran kapas di Xinjiang mencatat 5.7 juta tan setahun dan lebih 50 peratus petani merupakan penanam kapas.

Pendapatan industri tanaman kapas menyumbang lebih 80 peratus dalam jumlah input sektor pertanian.

Industri kapas dan tekstil menjadi sumber pendapatan utama bagi penanam kapas dan pekerja kilang tekstil, yang banyak membantu membaiki kehidupan mereka, katanya.

Beliau turut mengalu-alukan syarikat tekstil asing melawat Xinjiang, melihat sendiri perkembangan di sana dan mengadakan kerjasama dengan syarikat di wilayah itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan