DUNIA

BFA 2021 fokus tadbir urus global, kerjasama BRI

18/04/2021 05:31 PM

BEIJING, 18 April -- Sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) dijadual berlangsung di wilayah Hainan, China bermula hari ini hingga Rabu depan. 

Bertemakan "Dunia dalam Perubahan: Gabung Tenaga Perkasa Tadbir Urus Global dan Pacu Kerjasama Jalur dan Laluan", sidang tahunan itu dihadiri lebih 4,000 peserta termasuk pemimpin dan pegawai kanan pelbagai negara serta ketua pertubuhan antarabangsa. 

Enam agenda utama sudah diatur iaitu menumpukan pembangunan China, kerjasama Jalur dan Laluan, trend pembangunan Asia, transformasi perindustrian, teknologi baharu dan perkongsian pembangunan.

Agenda berkaitan pembangunan China dan kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) ditawarkan bagi memenuhi keperluan pelbagai negara untuk lebih mengenali dan mendalami China.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan