EKONOMI

7-Eleven Malaysia cadang laksana program nota jangka sederhana bernilai RM600 juta

16/04/2021 09:32 PM

KUALA LUMPUR,16 April -- Pengendali rantaian kedai serbaneka, 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd bercadang untuk melaksanakan program Nota Jangka Sederhana (MTN) dengan nilai nominal RM600 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, ia menjelaskan terbitan pertama MTN di bawah program itu dijangka dibuat pada suku kedua 2021.

“Program MTN itu bertempoh 15 tahun daripada tarikh terbitan pertama,” menurutnya.

Syarikat itu menambah hasil daripada terbutan itu akan digunakan oleh 7-Eleven dan anak-anak syarikatnya untuk membiayai semula pinjaman sedia ada, perbelanjaaan modal, pelaburan, keperluan modal kerja, tujuan korporat am dan peruntukan bagi perbelanjaan melaksanakan program MTN tersebut.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan