AM

Pemandu, kelindan treler maut nahas di Lebuhraya KL-Karak

12/04/2021 09:51 AM

KUANTAN, 12 April -- Seorang pemandu dan kelindan treler membawa muatan bongkah batu maut selepas kenderaan berat itu terbabas dan terbalik di Km43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bentong, kira-kira 200 km dari sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata dalam kejadian 9 malam itu, kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam treler tersebut maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh badan. 

Mangsa dikenal pasti sebagai Izani Hasri Azmi, 44, dari Marang, Terengganu yang memandu treler itu dan Yusoff  Mat Zain, 63, dari Kuantan. 

"Kemalangan dipercayai berlaku selepas treler yang dalam perjalanan dari ibu negara ke Bentong itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya terpaksa meminta bantuan pasukan bomba bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mayat dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat. 

Kes disiasat menurut Seksyen  41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan