DUNIA

Pelan tindakan Uzbekistan membuahkan hasil positif

08/04/2021 11:53 AM

KUALA LUMPUR, 7 April  -- Pelan Tindakan 2017-2021 Uzbekistan yang diperkenalkan untuk memperkukuh kedaulatan undang-undang, reformasi sistem kehakiman dan perundangan, melindungi hak rakyat serta memerangi rasuah memperlihatkan hasil positif.

Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Strategi Pembangunan Uzbekistan, Eldor Tulyakov dan ketua jabatan Nilufar Nodirkhonova, pada 2020 Uzbekistan melaksanakan usaha berskala besar untuk memastikan 10 aspek dalam pelan tindakan itu dicapai.

Antara pencapaian di bawah pelan tindakan berkenaan ialah seramai 50 ribu orang tanpa kewarganegaraan yang tinggal di negara itu sudah diberi kerakyatan, memetik kenyataan Kedutaan Uzbekistan di Malaysia.

Pencapaian penting lain termasuk pembaharuan dalam undang-undang yang telah memperkemas lagi sistem kehakiman.

Usaha itu termasuk menyediakan latihan perundangan lebih baik untuk memastikan rakyat menikmati perkhidmatan lebih berkualiti. 

Di bawah aspek memerangi rasuah pula, agensi bebas yang dibentuk terus memperkasa usaha membanteras jenayah ini selain turut berperanan mewujudkan dan melaksana dasar-dasar berkaitan.

Antara tugas utama agensi itu ialah membuat analisis mendalam mengenai tahap rasuah dan mencari jalan untuk mengatasinya.

Bersama institusi masyarakat awam, agensi itu akan mewujudkan Indeks Persepsi Rasuah Negara, yang menilai kesalahan rasuah di wilayah, sektor ekonomi dan bidang lain.

Pembaharuan di bawah pelan tindakan itu dipantau ketat oleh agensi penarafan antarabangsa.

Menurut indeks The Rule of Law, Uzbekistan menduduki tempat ke-94 dari 128 negara pada 2019 dan naik ke kedudukan 92 pada 2020.

Daripada segi petunjuk "Order and Security", Uzbekistan mencatatkan keputusan terbaik, iaitu di tempat kesembilan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan