SUKAN

Perlawanan kriket Malaysia akan disiarkan di platform multi sukan India

06/03/2021 12:07 AM

KUALA LUMPUR, 5 Mac -- Perlawanan kriket pasukan Malaysia akan disiarkan secara penstriman langsung kepada lebih 15 juta penduduk di India.

Persatuan kriket Malaysia (MCA) dalam  satu kenyataan hari ini menyatakan, yang siaran penstriman itu adalah hasil perjanjian kerjasama dua tahun yang ditandatangani bersama platform multi sukan FanCode.

Menurut MCA, menerusi kerjasama itu, FanCode mendapat hak eksklusif penstriman langsung perlawanan kriket Malaysia kepada lebih 15 juta pelanggan mereka di India dan hak ekseklusif itu untuk sepanjang tahun 2021 dan 2022.

“Kerjasama ini merupakan yang pertama kali di mana hak eksklusif telah diberikan. Dan dengan kerjasama ini, MCA melihat kepada masa hadapan yang menarik kerana kesemua siaran akan dilakukan oleh pasukan dalaman penyiaran Kriket Malaysia.

“… di bawah hak ekseklusif ini, FanCode akan melakukan penstriman terhadap lebih 500 perlawanan kepada penggunanya,” kata Presiden MCA Mahinda Vallipuram.

Beliau berkata, kerjasama itu akan membuka pintu kepada pembabitan lebih besar dengan badan korporat dan agensi pelancongan.

Selain itu MCA juga berharap yang ‘Bash T10’ yang dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 Mac selain ‘T20 Super Series’ yang tertunda sebelum ini, dijadualkan dari 30-31 Mac yang menunggu kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan, dapat diadakan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan