EKONOMI

Kab Peroleh Sub-kontrak Bernilai Rm23.4 Juta

22/02/2021 03:10 PM

KUALA LUMPUR, 22 Feb -- Syarikat kejuruteraan mekanikal dan elektrik Kejuruteraan Asastera Bhd (KAB) memperoleh sub-kontrak bernilai RM23.4 juta daripada CNQC Engineering & Construction (Malaysia) Sdn Bhd (CNQC). 

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, KAB berkata sub-kontrak itu melibatkan antara lain kerja reka bentuk, pembekalan, pembinaan dan penyelenggaraan yang akan dilakukan dalam tempoh tanggungan kecacatan bagi perkhidmatan elektrik dalaman dan luaran untuk projek Agile Embassy Garden bagi Agile Property Development Sdn Bhd.

“Kontrak ini akan menjadikan jumlah nilai perolehan kontrak syarikat kira-kira RM390.0 juta yang akan memberikan pendapatan untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.

The Agile Embassy Garden, terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur terdiri daripada tiga menara setinggi 64 tingkat - masing-masing mempunyai 1,296 pangsapuri berperkhidmatan dan unit sewaan.

Kerja-kerja pembinaan dijangka siap pada 31 Okt, 2023, katanya.

"Kami sangat berbangga diberikan kontrak ini oleh CNQC, di mana kami akan terus memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri bangunan dan hartanah,” kata Pengarah Urusan KAB, Datuk Lai Keng Onn.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan