KUALA LUMPUR, 4 Feb -- Johor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.18 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Kuala Lumpur merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.12, diikuti Labuan (1.11), Terengganu dan Selangor masing-masing mencatatkan 1.10 manakala Sarawak (1.03) dan Pahang (1.01).
Negeri-negeri lain mencatatkan bacaan di bawah satu iaitu Perak 0.99, Melaka (0.96), Kedah dan Pulau Pinang (0.93), Putrajaya (0.90), Negeri Sembilan dan Sabah (0.89), Perlis (0.82) dan Kelantan (0.84).
Rt untuk seluruh negara pula ialah 1.09, katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial