AM

'iBAYAQ' permudah rakyat Kedah bayar cukai, sewa dan pinjaman pendidikan

15/01/2021 03:31 PM

ALOR SETAR, 15 Jan  -- Rakyat Kedah kini boleh membuat pembayaran cukai tanah, sewa perumahan dan pinjaman pendidikan secara dalam talian menerusi sistem iBAYAQ yang diperkenalkan kerajaan negeri beberapa bulan lepas.

Menurut kenyataan kerajaan Kedah hari ini, penggunaan sistem itu sangat bersesuaian dengan situasi semasa yang menyarankan orang ramai tidak bersesak di tempat awam.

Sistem berkenaan diperkenalkan bagi menggantikan kaedah pembayaran lama melalui kaunter secara manual atau serahan tangan.

"Melalui sistem ini, pembayaran cukai tanah, sewa perumahan dan pinjaman pendidikan kini hanya di hujung jari dan bayaran melalui iBAYAQ boleh menggunakan kad kredit, kad debit dan juga FPX.

"Namun masih ramai belum tahu tentang kewujudan sistem iBAYAQ yang pantas, selamat dan mudah digunakan sejak sistem ini diperkenalkan baru-baru ini," demikian menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh melayari sistem itu di https://ibayaq.kedah.gov.my/

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan