SIBU, 11 Jan -- Majlis Perbandaran Sibu (MPS) menutup kemudahan di bawah pentadbirannya serta-merta sehingga diberitahu kelak bagi mencegah penularan COVID-19 selepas Sibu diisytiharkan sebagai zon merah semalam.
Pengerusinya Clarence Ting Ing Horgh berkata kemudahan berkenaan termasuk Perpustakaan Awam MPS di Jalan Keranji, Perpustakaan Grand Height di Jalan Mantis dan Perpustakaan Suku; kolam renang Bukit Lima dan Delta serta Dewan Serbaguna Teku, Padang Penjara di Jalan Awg Ramli Amit, gelanggang bola keranjang di Jalan Merlin dan Dataran Peringatan Hing Hua.
“Perhimpunan tidak dibenarkan di taman-taman majlis perbandaran kerana ia terhad untuk individu melakukan senaman ringan tetapi penggunaan kali ini adalah atas risiko pengguna sendiri,” katanya dalam kenyataan.
Orang awam dinasihatkan agar mematuhi konsep 3S iaitu elak tempat sesak, ruang sempit dan sembang dekat ketika menggunakan kemudahan di taman-taman termasuk Taman Jubliee Bukit Aup; Taman Peringatan Hoover; Sungai Merah Heritage Walk dan Taman Peringatan Kutien.
Taman lain ialah Taman Heng Hua, Taman Trafik Rejang Park, Taman Xi Ann, Pintu Gerbang Sibu dan Sibu Walkway, Taman Ling Clang dan Sibu Walk, Dataran Tun Tuanku Bujang, Dataran Sibu Fasa 2, Taman Hii, Rejang Esplanade, Taman Chiang Chuan, Taman Poh Yew/Li Hua, Stadium dan Taman Ping Pong, Taman Tasik Sibu, Friendship Memorial Park, Taman Su Kuok dan Taman Hui Ning.
Beliau berkata Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu akan membuka pusat saringan COVID-19 di Stadium Tertutup Sibu dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari bermula esok sehingga diberitahu kelak dan mereka yang merupakan kontak rapat kepada mana-mana kes positif atau merasakan dirinya berisiko untuk dijangkiti, dinasihatkan untuk datang membuat saringan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial