BERITA TERGEMPAR   Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | 
 AM

Mayat korban keenam mangsa banjir Pahang ditemukan

08/01/2021 06:31 PM

KUANTAN, 8 Jan -- Mayat remaja perempuan mangsa bot terbalik di Sungai Jelai, Lipis, Isnin lepas, ditemukan pagi tadi kira-kira 11 kilometer dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata mayat Nur Zakirah Ahmad Hussin, 19, yang merupakan korban keenam banjir Pahang, ditemukan di bawah jambatan kereta api Bukit Betong, Padang Tengku, oleh penduduk kira-kira 11 pagi tadi sebelum melaporkannya kepada polis.

"Berikutan dengan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan 35 pegawai dan anggota daripada polis dan bomba serta dibantu orang kampung sebelum ini, ditamatkan pagi tadi," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini. 

Nur Zakirah dilaporkan hilang selepas terjatuh apabila bot dikemudi bapanya, Ahmad Hussin Mad Aris, 52, terbalik akibat arus deras menyebabkan mangsa dan ibunya, Rozi Omar, 52, hilang, namun mayat Rozi ditemukan pada Selasa lepas. 

Ahmad Hussin dan seorang lagi anaknya, Nur Aina, 23, berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian tersebut.

Kejadian dilaporkan berlaku semasa mereka menaiki bot untuk pulang ke rumah di Bukit Betong bagi meninjau keadaan banjir di rumahnya. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan