AM

Bekalan air mula disalurkan ke enam kawasan di Klang, Shah Alam - Air Selangor

14/12/2020 09:28 AM

KUALA LUMPUR, 14 Dis -- Bekalan air di enam kawasan di Klang dan Shah Alam iaitu Seksyen 18,19,20,23,24 dan 25 yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak semalam, mula disalurkan kepada pengguna, kira-kira 7 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata bekalan àir mula disalurkan semula selepas kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak Seksyen 24, Shah Alam, siap sepenuhnya.

"Seperti yang dimaklumkan, bekalan air di enam kawasan ini dijangka akan pulih sepenuhnya pada pukul 12.00 tengah hari nanti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com, rujuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan