PHNOM PENH, 21 Jun (Bernama-Xinhua) -- Seorang lelaki berusia 52 tahun dari Wilayah Svay Rieng di tenggara Kemboja meninggal dunia akibat jangkitan selesema burung H5N1, menjadikannya kematian manusia kelima akibat virus itu setakat tahun ini, lapor Xinhua.
“Keputusan makmal daripada Institut Kesihatan Awam Kebangsaan menunjukkan pada 20 Jun bahawa lelaki itu disahkan positif virus H5N1,” menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat punca jangkitan dan meneliti sebarang kes yang disyaki atau individu yang pernah berhubung rapat dengan mangsa bagi mengelakkan penularan wabak dalam komuniti, menurut kenyataan itu.
Ubat antivirus Tamiflu (oseltamivir) turut diberikan kepada individu yang mempunyai kontak langsung dengan pesakit bagi mencegah penularan selesema burung, katanya.
Setakat tahun ini, negara Asia Tenggara itu telah merekodkan enam kes jangkitan H5N1 dalam kalangan manusia, dengan lima daripadanya maut.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial