AM

EAIC LANCAR PERTANDINGAN FOTOGRAFI

04/12/2020 07:07 PM

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) melancarkan pertandingan fotografi bertemakan ‘Penguat Kuasa & Masyarakat: #mulakandenganintegriti’ yang dibuka kepada orang awam bermula hari ini sehingga 24 Dis ini. 

Bahagian Komunikasi Korporat EAIC, dalam kenyataan, memaklumkan inisiatif pertandingan itu adalah untuk memupuk kesedaran masyarakat dan penguatkuasa mengenai integriti serta keyakinan komuniti terhadap mutu perkhidmatan agensi penguatkuasaan di negara ini.

Karya foto pertandingan hendaklah memaparkan amalan terbaik penguatkuasa yang membawa pengertian nilai-nilai khidmat dan tanggungjawab yang berintegriti daripada perspektif masyarakat.

Pemenang tempat pertama akan menerima wang tunai RM1,000, tempat kedua RM750, ketiga RM500 dan 30 hadiah sagu hati serta sijil penyertaan turut diberikan kepada setiap peserta.

Sebarang maklumat lanjut diminta melayari www.eaic.gov.my, menghubungi sekretariat pertandingan di talian 03 8880 5720 / 5721 / 5722 atau e-melkan kepada eaic-pro@eaic.gov.my.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan