JOHOR BAHRU, 2 Dis -- Masjid Al-Istiqomah Parit Mislam di Mukim Sri Menanti, Muar, ditutup buat sementara untuk kerja-kerja sanitasi bagi membendung penularan pandemik COVID-19, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi.
Beliau berkata penutupan bermula hari ini, bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan esok.
"Esok (Khamis), Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Majlis Perbandaran Muar akan melakukan kerja-kerja sanitasi di masjid berkenaan. Masjid akan dibuka semula kepada jemaah untuk solat Subuh Jumaat ini," katanya kepada Bernama hari ini.
Terdahulu, tular satu mesej di laman sosial yang menyatakan masjid berkenaan ditutup kepada orang awam hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial