AM

"Baharom seorang yang rajin, gigih, banyak tulis artikel bernas", kata Editor

17/11/2020 12:40 PM

KUALA LUMPUR, 17 Nov -- “Baharom seorang yang rajin, gigih dan banyak menulis artikel bernas,” demikian kata bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang. 

Beliau berkata pemergian Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian Datuk Baharom Mahusin, 54, hari ini merupakan kehilangan besar bagi industri media.

“Kerjaya Allahyarham sentiasa meningkat dan telah menunjukkan kemajuan baik. Saya mengenalinya sejak beliau bekerja di Utusan Malaysia dan telah jalinkan persahabatan hampir 30 tahun. 

“Sedih mendengar berita pemergiannya awal pagi tadi, baru sahaja berjumpa 31 Okt lepas. Kami bersama beberapa orang rakan veteran lain bersembang dengan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semasa program akhbar The Star. 

“Allahyarham nampak kurang sihat pada masa itu tetapi banyak soalan yang dilontarkan tentang orang muda dan perjuangan orang muda,” katanya kepada Bernama. 

Baharom dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pagi tadi selepas mengalami pelbagai komplikasi akibat jangkitan kuman dalam darah.  

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan