IZMIR (Turki), 2 Nov -- Usaha mencari dan menyelamat diteruskan di wilayah Aegean Turki pada Ahad petang apabila gempa berkekuatan 6.6 skala Richter melanda wilayah itu, lapor Agensi Anadolu.
Angka kematian akibat gempa pada Jumaat meningkat kepada 69 orang, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turki.
Sejak 7 malam waktu tempatan (1600GMT), sekitar 987 gempa susulan, dengan 43 daripadanya yang bermagnitud lebih empat melanda kawasan itu, kata AFAD.
Ia menambah 949 mengalami kecederaan, manakala 729 daripadanya telah dibenarkan keluar dari hospital, 220 masih dalam rawatan.
Pusat penginapan sementara turut diwujudkan ditubuhkan bagi memenuhi keperluan mendesak di Izmir.
Setakat ini, 1,040 khemah telah dipasang, dengan lebih 1,430 lagi dalam proses pemasangan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial