DUNIA

Kurang satu peratus penumpang Qatar Airways dijangkiti COVID-19 semasa penerbangan - CEO

22/10/2020 01:54 PM

DOHA, 22 Okt -- Kurang satu peratus daripada lebih 4.6 juta penumpang yang menaiki penerbangan dengan Qatar Airways sejak Februari 2020 telah dijangkiti COVID-19, lapor agensi berita Sputnik.

"Statistik terbaharu menunjukkan dengan pelaksanaan langkah-langkah yang tepat, termasuk kebersihan yang baik di dalam pesawat dan di lapangan terbang, serta penjarakan sosial, ujian, perjalanan udara tidak perlu menjadi kebimbangan penumpang," kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan itu, Akbar Al Baker kepada wartawan.

"Jumlah yang dijangkiti COVID-19 sepanjang penerbangan sejak Februari, di antara lebih dari 4.6 juta penumpang, sangat kecil. Lebih daripada 99.988 peratus, dengan lebih 37,000 penerbangan ke destinasi adalah sihat," katanya.

Syarikat penerbangan terkemuka di dunia, Qatar Airways meneruskan penerbangan ke beberapa destinasi semasa pandemik COVID-19. Ketika ini, ia mengendalikan penerbangan ke 100 destinasi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan