PADANG BESAR, 20 Okt -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis menerima 15 buah bot gentian kaca dalam persediaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana termasuk banjir.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Azman Mohd Yusof berharap dengan adanya aset baharu berkenaan dapat meningkatkan lagi kecekapan APM dalam melaksanakan operasi menyelamat.
"Ketika ini APM mempunyai 12 buah bot pelbagai jenis menjadikan jumlah keseluruhan aset yang diterima agensi ini ialah 27 buah bot," katanya kepada pemberita dalam satu majlis ringkas penyerahan bot tersebut di Empangan Timah Tasoh di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah APM Perlis Lt. Kol. (PA) Ishak Mohd Radzi.
Azman berkata sehingga kini, terdapat 40 buah bot milik pelbagai agensi pengurusan bencana di negeri Perlis yang bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang bencana.
Katanya, bot-bot berkenaan adalah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), APM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial