AM

Lebih banyak sekolah di Kuala Sanglang mungkin ditutup -- Exco

09/08/2020 10:36 AM

SANGLANG, 9 Ogos  -- Lebih banyak sekolah di Daerah Sanglang dan kawasan berdekatan  mungkin akan ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) yang dikuatkuasakan sejak malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Rozieana Ahmad berkata semalam sebanyak dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sanglang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang ditutup selama tujuh hari mulai esok.

"Berkemungkinan lebih banyak lagi sekolah yang terlibat (dalam kawasan COVID-19) akan ditutup," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Rozieana yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh berkata beliau tidak menolak kemungkinan penutupan dua sekolah itu akan berlarutan selama dua minggu.

Katanya tindakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis dibuat berdasarkan arahan yang diterima daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihataan Malaysia (KKM) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Semalam, Bernama melaporkan Kerajaan Negera Perlis melaksanakan TEMCO selama 28 hari bermula 10.00 malam tadi di dua buah kampung iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul.

Perlis sehingga semalam mencatat 30 kes dengan 11 kes baharu daripada Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivangga.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan