AM

Seramai 25 setiausaha politik menteri angkat sumpah

24/04/2020 03:32 PM

KUALA LUMPUR, 24 April -- Seramai 25 setiausaha politik kepada menteri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Majlis ringkas yang diadakan di Putrajaya itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Muhyiddin menerusi catatan dalam laman Twitter dan Facebooknya, berkata upacara mengangkat sumpah jawatan diketuai oleh setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Nardin Awang.

Perdana Menteri turut memuat naik beberapa keping gambar berkaitan majlis berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan