KULAI, 18 April -- Kerajaan negeri Johor memutuskan untuk menangguhkan peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama di negeri itu susulan penularan wabak COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata keputusan itu dibuat selaras dengan pengumuman Kementerian Pendidikan mengenai penangguhan tarikh beberapa peperiksaan pada tahun ini berikutan pandemik itu.
Beliau berkata peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama dijadualkan pada September dan Oktober tahun ini.
“Kita akan tangguh (peperiksaan) mengikut bagaimana keputusan kementerian. Sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selesai, akan ada arahan baru daripada Bahagian Pendidikan Islam Negeri Johor,” katanya, di sini hari ini.
Tosrin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai ditemui pemberita selepas menyerahkan bantuan sayur-sayuran kepada penduduk di Pangsapuri Rakyat hasil sumbangan pasar raya Econsave Cash & Carry Sdn Bhd.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial