AM

Kerajaan dicadang beri bantuan one-off RM200 kepada golongan penghantar makanan - DPIM

13/04/2020 04:01 PM

KUALA LUMPUR, 13 April -- Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) mencadangkan kerajaan supaya memberi bantuan ‘one-off’ RM200, kepada golongan penghantar makanan atau “food delivery riders” sebagai menghargai jasa mereka.

Ketua Pemuda DPIM Shahir Adnan berkata, bantuan itu dilihat perlu kerana golongan ini tidak dikategorikan sebagai pemandu “e-hailing”, membuatkan mereka tidak layak untuk mendapat bantuan ‘one-off’ RM500 kerajaan kepada petugas barisan hadapan yang lain.

“Golongan yang bekerja di sektor logistik seperti penghantar makanan ini adalah wira yang tidak didendang, mereka terpaksa keluar dan mendedahkan diri kepada penularan wabak COVID-19 untuk menghantar makanan, kepada kita yang berada di rumah.

“Oleh itu selain cadangan pemberian bantuan one-off RM200 daripada kerajaan, syarikat-syarikat terlibat juga disaran memberikan sedikit bonus kepada mereka, dan tidak menarik balik apa jua bonus yang diberikan kepada mereka dalam tempoh PKP ini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi, hari ini. 

Selain itu, DPIM juga turut menggesa kerajaan agar mewujudkan satu akta khas untuk menjaga kebajikan golongan ini, serta turut meminta kerjasama Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumber Manusia, untuk bertindak proaktif bagi menyelesaikan sebarang masalah dihadapi mereka.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan