KUALA LUMPUR, 6 April -- Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Pelantikan beliau berkuatkuasa 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2022, kata SSM dalam satu kenyataan hari ini.
Hasnol menggantikan Datuk Muez Abdul Aziz yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan pada 1 Februari 2020.
Menurut SSM, watikah pelantikan Hasnol telah diserahkan oleh Menteri KPDNHEP Datuk Alexander Nanta Linggi pada 1 April.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial