AM

Adakan pilihan raya baharu - Bersih 2.0

24/02/2020 08:02 PM

PETALING JAYA, 24 Feb -- Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini menggesa agar satu pilihan raya diadakan untuk mendapatkan mandat baharu daripada rakyat susulan perkembangan terkini politik negara.

Bersih 2.0 dan 31 pertubuhan masyarakat sivil (CSO) lain membuat gesaan itu dalam satu sidang akhbar yang berlangsung di ibu pejabat Bersih 2.0 di sini.

Bersih 2.0 menolak kerajaan ‘pintu belakang,’ kata Pengerusinya Thomas Fann sambil menambah bahawa pembentukan sebarang kerajaan pintu belakang tidak boleh diterima.

Beliau turut menggesa ahli parlimen yang memenangi pilihan raya atas tiket Pakatan Harapan namun telah menukar sekutu agar meletak jawatan serta-merta kerana mereka tidak lagi mempunyai mandat rakyat.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan