AM

12 rumah musnah dalam kebakaran di Semporna

16/02/2020 07:18 PM

SEMPORNA, 16 Feb -- Kira-kira 12 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Inabah Kamal di sini, malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan I, Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Rary Binjie berkata lima jentera dengan 31 anggota ditugaskan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 8.02 malam.

"Bantuan digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kunak serta Tawau untuk memadamkan api dalam kawasan berkeluasan dua ekar.

"Operasi memadamkan kebakaran menggunakan tiga aliran dan sumber air diperolehi daripada pili bomba dan air terbuka berhampiran lokasi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Rary, di peringkat awal operasi, pihaknya menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran akibat tekanan air rendah di pili bomba serta kedudukan rumah begitu rapat antara satu sama lain.

Operasi tamat kira-kira 12 tengah malam.

Katanya tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan