AM

PEJABAT YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN NAFI TUANKU MUHRIZ PENAUNG SYARIKAT RITZ CORPORATE

30/01/2020 07:31 PM

SEREMBAN, 30 Jan  -- Pejabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menafikan dakwaan dibuat oleh Ritz Corporate Holding Berhad yang menyatakan bahawa Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir adalah penaung syarikat berkenaan. 

Setiausaha Sulit kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dalam satu kenyataan hari ini berkata, syarikat berkenaan beralamat di 55-12A-H, Menara Northam, Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town, Pulau Pinang. 

"Syarikat itu tidak pernah memohon perkenan baginda untuk menjadi penaung syarikat tersebut. 

"Sehubungan itu, semua institusi dan orang ramai yang pernah dihubungi oleh sesiapa berkaitan perkara di atas adalah dinasihatkan untuk membuat laporan polis kerana ia merupakan satu penipuan," katanya. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan