AM

3,474 graduan UniSZA bakal diraikan pada majlis konvokesyen Isnin depan

10/10/2019 05:47 PM

KUALA NERUS, 10 Okt -- Seramai 3,474 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal menerima ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma masing-masing pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-11 pada 14 hingga 17 Okt ini.

Naib Cancelor UniSZA Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata majlis konvokesyen yang akan berlangsung di Dewan Al Muktafi Billah Shah (DABS) di UniSZA Gong Badak itu melibatkan 163 adalah graduan PHD dan sarjana, manakala selebihnya merupakan graduan sarjana muda dan diploma.

“Sebanyak tujuh sidang dijadualkan berlangsung pada majlis konvokesyen ini. Pada sidang pertama akan berlangsung Majlis Penganugerahan Ijazah Kehormat kepada Pengarah Urusan Kumpulan QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands), Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Karnival Mahabbah pula akan diadakan selama enam hari bermula Sabtu ini bersempena majlis konvokesyen itu.

Katanya pelbagai aktiviti menarik disediakan di karnival Mahabbah itu, antaranya sukan rakyat, pertandingan mewarna, pameran, gerai jualan dan persembahan pentas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan