AM

PENGAMAL MEDIA UJI KEMAHIRAN MENEMBAK BERSAMA POLIS JOHOR

26/09/2019 06:21 PM

JOHOR BAHRU, 26 Sept -- Seramai 34 pengamal media dari pelbagai organisasi dan agensi media di negeri ini berpeluang merasai pengalaman menembak di Lapang Sasar Indoor Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang baru dirasmikan hari ini.

Ia juga dilengkapi dengan sistem simulasi yang dikenali sebagai “MILO Range” (Multiple Interactive Learning Option) yang bertujuan untuk melatih dan menguji tahap kecekapan menembak selain cara mengendalikan senjata api seolah-olah berada dalam situasi kejadian yang sebenar.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, lapang sasar berkenaan yang siap sepenuhnya pada Mei tahun lepas, mempunyai jarak tembak maksimum sejauh 25 meter dengan kapasiti 10 sasaran menembak.

“Sistem (MILO Range) yang dibina ini hanya terdapat di tiga lokasi di Malaysia," katanya ketika berucap bersempena Pertandingan Menembak Polis Johor Bersama Media dan Perasmian Lapang Sasar Indoor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini.

Selain IPK Johor, dua lagi lokasi yang mempunyai sistem MILO Range ialah Maktab Teknik Muar dan Istana Negara.

“Sistem (MILO Range) ini juga mempunyai dua pilihan untuk menjalankan latihan menembak, sama ada menggunakan senjata api yang diubahsuai kepada senjata simulasi atau latihan menembak melalui “Live Fire Screen” menggunakan peluru hidup,” katanya.

Beliau berkata penganjuran pertandingan menembak berkenaan adalah sebagai menghargai jasa baik atas sokongan yang berterusan dari pihak media selain memperkukuhkan hubungan kedua-dua belah pihak.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan