AM

Timbalan menteri JPM meninggal dunia

21/09/2019 01:16 PM

PONTIAN, 21 Sept -- Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wira Dr. Md Farid Md Rafik meninggal dunia sekitar 6 pagi tadi di Hospital Pontian, dekat sini.

Pemergian Ahli Parlimen Tanjung Piai itu disahkan oleh Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor Mohd Solihan Badri.

"Beliau yang dimasukkan ke hospital pagi tadi, dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung," kata beliau ketika dihubungi Bernama, sebentar tadi.

Md Farid, 42, merupakan Naib Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dibawa pulang ke rumah ibunya di Serkat, Pontian untuk dikebumikan.

Jenazah Allahyarham  dijangka dikebumikan sebelum Zohor, kata Mohd Solihan.

Md Farid memenangi kerusi parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lalu selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (MCA) dengan memperolehi 21,255 undi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan