WASHINGTON, 10 Sept -- Presiden Donald Trump pada Isnin berkata beliau akan membentangkan laporan kewangannya sebelum tarikh pilihan raya pada 3 Nov 2020, lapor agensi berita Xinhua.
"Satu hari sebelum pilihan raya, saya akan membentangkan laporan kewangan yang terpeinci," kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih sebelum ke Carolina Utara bagi melawat kawasan yang terjejas akibat Hurikan Dorian.
"Anda akan terkejut melihat angka itu nanti," katanya.
Trump turut mencadangkan perniagaan hartanahnya tidak perlu didorong oleh wang pembayar cukai atau perbelanjaan kerajaan semasa beliau menjadi presiden.
Namun, Trump tidak menjawab soalan wartawan mengenai sama ada akan mendedahkan mengenai hasil cukainya. Beliau memecah tradisi presiden kerana enggan mendedahkan perkara itu yang kini menjadi isu pertikaian antara Demokrat dan Rumah Putih.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial