AM

Berlingkar kekenyangan selepas baham ayam

08/09/2019 05:56 PM

KUANTAN, 8 Sept -- Bunyi bising daripada ayam peliharaannya akhirnya membawa kepada penemuan seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira tiga meter, di dalam sebuah reban di Felda Kampung Awah, Temerloh, dekat sini, hari ini.

Suri rumah Fatimah Ismail, 48, berkata ayam itu mula membuat bising sejak tengah malam semalam, namun beliau tidak keluar untuk memeriksanya, kerana bimbang jika terdapat haiwan berbisa memandangkan reban itu berhampiran paya.

"Saya hanya berani untuk melihat keadaan ayam pada 7 pagi ini, kerana cuaca sudah mulai terang dan melihat ular tersebut berlingkar di bahagian alang bumbung dalam reban. 

"Ular itu dipercayai sudah kekeyangan, kerana jumlah ayam dalam reban berkurangan dua ekor," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Fatimah yang menternak ayam sebagai pendapatan sambilan berkata, beliau cuba meminta pertolongan daripada jiran terdekat untuk mengeluarkan ayam itu, namun tiada siapa yang berani berbuat demikian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Bukit Angin, Temerloh Hasnuddin Hussin berkata seorang pegawai dan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada 8.20 pagi. 

"Bomba mengggunakan pejerut bagi menangkap ular tersebut, sebelum melepaskannya ke kawasan belukar jauh dari kawasan perumahan," katanya. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan