IPOH, 29 Julai (Bernama) -- Seramai 270 ahli St John Ambulans Malaysia (SJAM) Perak menyertai pertandingan memasak dan isyarat bendera ke-40 yang diadakan di Sekolah Menangah Kebangsaan St. Anthony, Teluk Intan, semalam.
Setiausaha Kehormat SJAM negeri, Chew Hoong Ling berkata Perak merupakan satu-satunya negeri yang mengadakan pertandingan itu hampir setiap tahun sejak tahun 1969 sebagai aktiviti kadet serta kemudian ditambah dengan aktiviti memasak.
Katanya isyarat bendera ialah sistem penyampaian maklumat dalam jarak jauh, melalui isyarat visual dengan bendera di tangan dan kedua-dua kemahiran itu merupakan sebahagian daripada Skim Lencana Kemahiran Kadet.
"Apabila seorang kadet mencapai 12 lencana, dia akan menerima Lencana Anugerah Grand Prior yang dikurniakan oleh Duke of Gloucester," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Chew, tiga tukang masak profesional dijemput mengadili pertandingan memasak tersebut iaitu Chef Alan Wong yang berpengalaman selama 29 tahun, Chef Kenny Low yang pernah merangkul lapan anugerah kulinari antarabangsa dan kebanggaan Teluk Intan sendiri, Chef Khiew.
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan San Min, Teluk Intan menang pertandingan itu, manakala SJAM Kawasan Selatan (SJAM South Area) muncul juara keseluruhan bagi pertandingan antara tiga kawasan SJAM di Perak.
Perasmian pertandingan disempurnakan Pemerintah Negeri, SJAM Perak, Dr Chan Tong Meng.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial