AM

Kenyataan penuh Istana Kelantan

16/07/2019 09:21 AM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan Istana Kelantan berhubung gelaran Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau 'Queen of Kelantan', hari ini. 

 

KENYATAAN AKHBAR

 

Adalah dimaklumkan bahawa tiada sesiapa pun boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau “Queen of Kelantan” tanpa sebarang pengumuman rasmi dari Istana Kelantan.

 

Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra adalah Tengku Mahkota Kelantan dan bonda Sultan Muhammad V, Yang Maha Mulia Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid digelar Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis.

 

Hanya pengumuman rasmi dari Istana Kelantan yang boleh diambil kira sebagai berita yang tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media.

 

Pihak Istana menyeru supaya rakyat dan pengamal media tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial.

 

Sekian, terima kasih.

 

DATO’ NIK MOHD SHAFRIMAN BIN NIK HASSAN  

DATO’  PERWIRA RAJA

Pengelola Istana D’Raja

Kelantan

 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan