AM

JaPen T'ganu anjur pertandingan keceriaan bulan kebangsaan

10/07/2019 02:30 PM

KUALA TERENGGANU, 10 Julai (Bernama) -- Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu menganjurkan Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2019 tahun ini dengan menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai  RM16,000.

Pengarah JaPen negeri, Azahar Ismail berkata pertandingan terbahagi kepada sembilan kategori iaitu bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung (tradisional/kampung baru/estet/Felda), sekolah menengah, sekolah rendah, taman perumahan, kediaman individu, pintu gerbang dan universiti awam/swasta. 

Penghantaran borang penyertaan berakhir pada 31 Julai ini manakala penghakiman akan dilakukan dari  25 Ogos hingga 4 Sept.

"Pemenang peringkat negeri akan mewakili Terengganu untuk diadili pada peringkat kebangsaan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM36,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pertandingan tahunan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia itu bertujuan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat selain menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

Borang penyertaan boleh didapati di JaPen Negeri Terengganu di Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu atau di pejabat JaPen daerah berhampiran.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan