AM

IPD Shah Alam terima sijil penghargaan daripada Safety First

07/07/2019 08:21 PM

SHAH ALAM, 7 Julai (Bernama) -- Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima sijil penghargaan daripada Safety First Group (Safety First) di atas kejayaan IPD itu menyelesaikan beberapa kes samun dan dadah di sekitar Kota Kemuning di sini, Jun lepas.

Sijil itu diserahkan penasihat Safety First Datuk Seri Azman Ujang kepada Timbalan Ketua Polis Shah Alam Supt Nek Zaidi Zakaria dalam satu majlis di sini, hari ini.

Nek Zaidi berkata kejayaan pihaknya dalam membuat operasi bersepadu membanteras jenayah berkenaan telah menunjukkan komitmen polis dalam memerangi jenayah setempat.

Beliau berkata penghargaan yang diterima itu juga sebagai dorongan kepada pasukannya untuk terus berkhidmat dalam menjaga dan memelihara keselamatan masyarakat.

"Pihak polis sangat-sangat menghargai penghargaan seperti ini, terima kasih kepada pihak Safety First yang menghargai tugas pasukan keselamatan seperti pasukan polis," katanya.

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan