EKONOMI

Import minyak sawit India naik lebih 15 peratus pada Mei

14/06/2019 07:47 PM

NEW DELHI, 14 Jun (Bernama) -- Import minyak sawit India naik 15.6 peratus pada Mei berbanding bulan sebelumnya, menurut data industri yang terkini.

Negara membeli 818,149 tan minyak sawit, termasuk 439,590 tan minyak sawit mentah (MSM), bulan lepas manakala pada April sebanyak 707,450 tan, kata Persatuan Pengekstrak Pelarut (SEA) India.

Bahagian minyak sawit dalam jumlah import minyak sayuran India sebanyak 1.22 juta tan pada Mei adalah 69 peratus berbanding 59 peratus pada April.

Pengimport minyak sayuran terbesar dunia itu menyaksikan import minyak sawit bertapisnya meningkat dengan ketara sejak Januari berikutan pengurangan duti.

Duti ke atas olein sawit RBD dari Malaysia dikurangkan daripada 54 peratus kepada 45 peratus sejajar dengan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia-India (CECA).

Import olein sawit RBD India melonjak daripada 130,000 tan pada Disember kepada 371,060 tan bulan lepas dan negara "dibanjiri" dengan minyak sawit bertapis Malaysia, menurut kumpulan industri yang mewakili kilang penapisan.

Ia telah meminta kerajaan untuk membatalkan perjanjian CECA dan mengenakan duti yang lebih tinggi ke atas minyak sawit bertapis Malaysia untuk membantu syarikat tempatan.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan