SANDAKAN, 28 Mac (Bernama) – Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.
Seorang anggota sayap Wanita DAP Sabah memberitahu melalui sistem pesanan ringkas (SMS) Wong, 64, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu selepas dimasukkan ke hospital itu apabila mengadu sakit dada ketika menyertai aktiviti mendaki bukit.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut hadir di hospital berkenaan pagi tadi.
Mendiang memulakan pendakian kira-kira 6.30 pagi tadi bersama sekumpulan pendaki di Tambaig Adventure Park, Kampung Duvanson, Putatan dekat Kota Kinabalu.
Wong, yang juga Pengerusi DAP Negeri, merupakan anggota Parlimen Sandakan selama dua penggal dan menjadi anggota Dewan Undangan Negeri dilantik bagi menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat pada Mei lalu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial