SUKAN

SMK Dato Harun kekal Piala Datuk Mokhtar Dahari

17/03/2019 12:32 AM

PETALING JAYA, 16 Mac (Bernama) -- Juara bertahan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datok Harun, Tanjung Karang berjaya mengekalkan Piala Datuk Mokhtar Dahari untuk kali kedua berturut-turut selepas menewaskan SMK Sijangkang Jaya 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, di sini malam ini.

Kemenangan kejohanan bola sepak bawah 15 tahun itu membolehkan SMK Dato Harun membawa pulang wang tunai sebanyak RM8,000 dan trofi kejohanan, manakala selaku naib juara, SMK Sijangkang Jaya menerima wang tunai RM6,000 

Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

Edisi kedua kejohanan berkenaan disertai 32 pasukan terbaik sekolah Selangor dan ditaja oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan