AM

TNB lancar iklan 'The ONG-EST hours' sempena tahun baharu Cina 2019

29/01/2019 03:39 PM

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini melancarkan iklan televisyen Tahun Baharu Cina 2019 yang menampilkan pertembungan antara dua generasi sewaktu kemeriahan malam sambutan perayaan tersebut bersama keluarga.

Iklan dalam bentuk filem pendek bertajuk, 'The ONG-est hours’, mengisahkan empat bersaudara berasa bosan tanpa aktiviti selepas tradisi 'makan besar' bersama keluarga pada malam Tahun Baharu Cina, lantas mencari helah untuk keluar rumah.

Situasi memuncak apabila generasi lebih berusia termasuk nenek dan bapa saudara turut mencari helah dengan pelbagai taktik bagi menghalang golongan muda ini daripada beredar, sebaliknya, menghabiskan masa lebih lama bersama keluarga di dalam rumah.

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman, berkata, mesej dalam iklan "The ONG-est hours" itu diharap dapat mendorong penonton menghayati kepentingan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

"Iklan ini turut diharapkan dapat mengingatkan golongan muda agar tidak melupakan institusi kekeluargaan dalam mengejar kejayaan dalam kehidupan," katanya pada majlis pelancaran iklan tersebut di sini.

Iklan berdurasi tiga minit 40 saat dalam media sosial termasuk di Youtube sudah mula disiarkan dan iklan sama dalam masa lebih singkat akan ditayangkan di stesen televisyen tempatan mulai Sabtu ini.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, 5 Feb ini, TNB mempelawa orang ramai melayari www.ongtime.my dan melengkapkan tugasan untuk mengumpul mata dengan 20 individu yang meraih mata tertinggi akan memenangi patung kucing ‘Jero.’

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan