AM

ARAB SAUDI PUJI KEMPEN KEBERSIHAN PERDANA MASYAIR

28/08/2018 08:50 AM
Daripada Zarul Effendi Razali

MAKKAH, 27 Ogos (Bernama) -- Selepas tertarik​​​ melihat jemaah haji Malaysia menjaga persekitaran mereka dengan kemas dan bersih dalam Kempen Kebersihan Perdana Masyair yang dianjurkan ​​​​​​​Tabung Haji (TH), kerajaan Arab Saudi akan mencadangkan program sama dilaksakanan semua jemaah haji pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Abdulfattah Suliman Mashat menyifatkan Malaysia sebagai model dalam menjaga kebersihan kerana jemaah meninggalkan khemah mereka di Mina dan Arafah dalam keadaan bersih semasa Operasi Masyair, yang merupakan kemuncak kepada ibadah haji.

“Sebenarnya, ia tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Kita perlu menjaga tempat dan khemah kita supaya bersih. Ini (sepatutnya) sikap perlu ada bagi setiap umat Islam.

“Kita dalam perbincangan dengan TH tentang bagaimana kita dapat menyediakan ‘konsep hijau’. Insya-Allah pada masa hadapan atau tahun depan untuk manfaat kepada semua jemaah haji,” kata Abdulfattah ketika pertemuan dengan pengurusan kanan TH bagi operasi musim haji 1439H di sini, hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman serta dua Timbalannya, Nurrinanuwar Shamsuddin (Kebajikan) dan Dr Shaffari Marzuki (Perubatan). 

“Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada TH di atas sistem pengurusan haji yang cemerlang dan efisien untuk jemaah haji Malaysia,” katanya. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan