AM

Nahas FRU: Semua Mangsa Dibenar Keluar Hospital - Polis

30/05/2025 09:23 PM

IPOH, 30 Mei (Bernama) -- Kesemua anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan (HTI) dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini akibat kemalangan di Teluk Intan 13 Mei lepas dibenarkan pulang hari ini. 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata dua mangsa yang terakhir berada di HTI, iaitu Sarjan Mazlan Mat, 50, dan Koperal Mohd Izwan Ishak, 39, dibenarkan pulang kira-kira 6 petang tadi.

“Seorang lagi mangsa, Koperal Haslizal Mohd Ali, 44, yang menerima rawatan di hospital sama telah dibenarkan pulang pada 28 Mei manakala Koperal Syed Isfan Syed Mohammad, 32, yang menerima rawatan di HRPB pula dibenarkan pulang semalam.

“Terima kasih semua atas sokongan dan bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian 13 Mei lepas, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak FRU dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam di sini. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan