JENAYAH & MAHKAMAH

SAR Pemandu Jentera Pengorek Tertimbus Runtuhan Kuari Ditangguh

15/09/2025 09:28 PM

KUANTAN, 15 Sept (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemandu jentera pengorek yang tertimbus dalam kejadian runtuhan batu di tapak kuari, Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub ditangguhkan pada 7 malam tadi. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata operasi yang memasuki hari ketiga bagi mengesan Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, 30, akan bersambung 8 pagi esok.

“Operasi dilaksanakan dengan pengalihan bongkah batu di kawasan mangsa dipercayai tertimbus. Dianggarkan 15 tan metrik batu telah dialihkan setakat ini, namun mangsa belum dijumpai,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata dua ekor anjing pengesan dari JBPM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam operasi hari ini. 

Operasi SAR itu, katanya disertai lebih 60 anggota penyelamat antaranya JBPM, PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). 

Dalam kejadian 12.50 tengah hari Sabtu lepas, Mohammad Fazrul Illahi dilaporkan sedang mengendalikan jentera pengorek sebelum dihempap runtuhan batu. 

Dia dipercayai sempat melompat keluar dari jentera dipandunya, sebelum dihempap dan tertimbus batu manakala tiga pekerja warga asing turut dilaporkan cedera dalam kejadian itu. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan