Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan petunjuk yang lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran terjejas oleh ketidaktentuan mengenai keputusan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan krisis geopolitik yang sedang berlaku.
“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh kenaikan harga minyak mentah,” katanya kepada Bernama.
Harga minyak meningkat pada Rabu berikutan ketegangan geopolitik yang meningkat di Qatar manakala Presiden AS Donald Trump menggesa Eropah untuk mengenakan tarif ke atas pembeli minyak Rusia.
Bagaimanapun, unjuran pasaran lemah telah mengehadkan kenaikan seterusnya.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 1.5 sen kepada 745.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 2.4 sen kepada 577 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial