KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menjemput orang ramai menyaksikan Pameran Perkahwinan Malaysia yang mengetengahkan warisan perkahwinan enam etnik iaitu Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan Dusun dan Siam pada 12 hingga 16 Sept ini.
Pameran yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa bermula 9 pagi hingga 10 malam itu merupakan sebahagian daripada Festival Budaya Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata setiap budaya yang diwarisi masyarakat negara ini adalah cerminan nilai dan jati diri bangsa.
“Apabila kita saling memahami, menghormati dan menerima perbezaan, maka lahirlah keharmonian yang menjadi kekuatan sebenar malaysia.
“Inilah semangat Malaysia MADANI yang harus terus kita semarakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai berpeluang melihat keunikan majlis perkahwinan, pakaian pengantin dan barangan hantaran tradisional yang menjadi simbol adat setiap komuniti.
Aaron berkata pihaknya berharap penganjuran pameran itu bukan sahaja memberikan pengalaman unik kepada pengunjung, tetapi juga menanam rasa kebersamaan dan memperteguh ikatan rakyat pelbagai kaum demi pembinaan negara bangsa yang harmoni.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial