KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan tiga usul Kementerian Kewangan dengan majoriti suara menyokong.
Usul berkenaan melibatkan sumbangan Malaysia kepada Program Dana Ke-21 Persatuan Pembangunan Antarabangsa, penutupan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Kewangan Mangsa Serangan Binatang Buas dan pemindahan wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) ke Kumpulan Wang Pembangunan (KWP).
Terdahulu, usul itu dibacakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Bagi usul MGII, resolusi dibentangkan bagi membolehkan kerajaan memindahkan baki terimaan MGII sebanyak RM30 bilion bagi tempoh Januari hingga Julai 2025 ke KWP mengikut subseksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275].
Pindahan itu bertujuan membiayai sebahagian keperluan perbelanjaan pembangunan negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial