KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-92 yang disambut hari ini.
Anwar menerusi hantaran di Facebook menzahirkan penghormatan atas khidmat bakti dan pengorbanan anggota ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.
“Semoga seluruh warga ATM sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi tanah air,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pesara ATM yang telah menabur bakti sepanjang perkhidmatan mereka serta mendoakan agar perajurit yang gugur ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Al-Fatihah buat perajurit yang telah pergi mendahului kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin dan syuhada,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial