AM

Pahang Destina, Aplikasi Promosi Produk Pelancongan Negeri

11/09/2025 07:40 PM

KUANTAN, 11 Sept (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pahang hari ini melancarkan aplikasi digital berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) dikenali sebagai “Pahang Destina” yang bertujuan mempromosikan produk pelancongan negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man berkata aplikasi berkenaan yang dibangunkan melalui kerjasama Tourism Pahang dengan Telekom Malaysia (TM), menjadikan Pahang negeri pertama di Malaysia yang mengintegrasikan teknologi AI dalam sektor pelancongan.

“Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mendapat maklumat mengenai pelbagai tarikan pelancongan termasuk lokasi menarik, makanan, budaya, selain acara serta kempen terkini yang dianjurkan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Prapelancaran Pahang Destina di sini hari ini. 

Beliau berkata aplikasi itu turut menyokong dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan dilengkapi ciri istimewa Chatbot yang dapat membantu pelancong merancang jadual perjalanan percutian mereka dengan lebih mudah. 

Dalam pada itu, beliau berkata aplikasi berkenaan akan dilancarkan secara rasmi pada bulan hadapan, bersempena dengan pelancaran kempen Tahun Melawat Malaysia peringkat negeri Pahang.

“Setakat ini, kita fokuskan hanya tiga tempat pelancongan, iaitu Kuala Lipis, Cherating dan Bukit Fraser sebagai permulaan … kita juga ingin uji kaedah untuk kita tambah baik (aplikasi ini),” katanya. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan